Thursday 4 October 2012

Program 'MSC MALAYSIA INNOTECH'


MSC Malaysia InnoTech adalah satu platform dan peluang untuk peserta menampilkan pelan perniagaan untuk mencari pelabur atau ‘venture capital’  dari pasaran tempatan atau serantau di dalam satu program.

Kebiasaannya, setiap pemohonan daripada syarikat-syarikat yang ingin menyertai program ini akan dipilih dengan teliti berdasarkan kriteria yang telah digariskan sepertimana; ampungan kecairan modal dan aliran tunai kewangan, pelan perancangan perniagaan jangka pendek dan jangka panjang dan tahap kesediaan syarikat menerima pelaburan dan kerjasama.

Selain daripada itu, syarikat-syarikat yang terpilih untuk menyertai MSC Malaysia InnoTech ini perlu memastikan dan bersedia menjalani satu-satu sesi latihan yang telah dijadualkan bagi memantau dan membantu syarikat terbabit menyediakan pelan pembentangan perniagaan mereka yang mantap dan berkesan berdasarkan format standard yang telah diberikan.

Pada sesi pembentangan kelak, syarikat yang terpilihkan akan diberikan masa untuk membentangkan pelan perniagaan mereka kepada wakil atau panel-panel pelabur yang terdiri daripada pasaran tempatan atau serantau beserta sesi soal jawab secara terbuka. Syarikat terbabit juga akan mempunyai peluang untuk bersemuka secara ‘B2B’ atau rundingan terus dengan mana-mana wakil atau panel pelabur yang berminat dengan pelan perniagaan mereka bagi mendapatkan pembiayaan secara ‘venture capital’ atau ‘angel capital’ bagi mengembangkan penerokaan perniagaan masing-masing di dalam pasaran tempatan atau serantau.


Program 'MSC MALAYSIA APICTA AWARDS'


Anugerah MSC Malaysia Asia Pacific ICT (MSC Malaysia APICTA) merupakan program anugerah antarabangsa yang dimulakan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) untuk menyediakan satu platform untuk pencipta dan usahawan dalam sektor ICT di rantau ini untuk menanda aras produk dan untuk rangkaian perniagaan mereka. Ia juga bertujuan untuk merangsang ekonomi & hubungan perdagangan dan pemindahan teknologi, menyediakan syarikat dengan peluang pemadanan perniagaan dan pendedahan kepada pemodal dan pelabur untuk terokai kerjasama dengan syarikat tempatan, dan meningkatkan kesedaran masyarakat dalam ICT.

Objektif Anugerah MSC Malaysia Asia Pacific ICT (MSC Malaysia APICTA) adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang individu, pelajar, usahawan, PKS dan organisasi yang beroperasi di Malaysia yang telah menyumbang kepada pembangunan inisiatif MSC Malaysia atau dalam membina aplikasi dan perkhidmatan untuk manfaat Malaysia. Ia mengiktiraf kreativiti, inovasi, dan kecemerlangan dalam ICT Malaysia.


Program Anugerah MSC Malaysia Asia Pacific ICT (MSC Malaysia APICTA) ini merupakan acara tahunan di mana ianya menyediakan peluang dan persekitaran yang ideal untuk individu dan syarikat untuk mendapat pendedahan tempatan, serantau dan antarabangsa melalui berterusan aktiviti promosi, dan melalui penyertaan di Anugerah antarabangsa Asia Pasifik ICT Alliance (APICTA).

Pemenang Anugerah MSC Malaysia Asia Pacific ICT (MSC Malaysia APICTA) untuk mewakili Malaysia pada Anugerah APICTA Antarabangsa yang dijalankan pada setiap tahun.

Kelebihan Program Anugerah:
  • Merangsang inovasi dan kreativiti.
  • Menyediakan platform untuk tanda aras inovasi dalam industri untuk memastikan yang terbaik dihasilkan.
  • Memberi pengiktirafan untuk kecemerlangan di dalam bidang ICT.
  • Peluang untuk Pemenang untuk mewakili Malaysia dalam anugerah antarabangsa.
  • Memberi peluang membina perangkaian untuk para peserta.
  • Menggalakkan pakatan perniagaan strategik dan kerjasama di kalangan peserta.
  • Memberi pendedahan bagi syarikat-syarikat untuk menyertai peluang pelaburan, pemodal dan pelabur.
  • Memberi pengalaman kepada pekerja pengetahuan yang penting untuk pembangunan industri ICT.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai MSC Malaysia dan pembangunan dalam industri ICT.
  • Membantu dalam merapatkan jurang digital.







Tuesday 2 October 2012

Skim Piramid


Skim Piramid

Skim Piramid ialah unsur-unsur pelaburan yang dilabur oleh usahawan tanpa transaksi jual beli (produk) di mana Skim Piramid mengamalkan pendekatan pelaburan atas pelaburan. Secara terperinci, setiap pendapatan atau bonus yang diterima oleh pelabur di dalam Skim Piramid di ambil daripada peratus pelaburan yang dilabur oleh pelabur itu sendiri. 

Sebagai contoh:
Skim bagi Syarikat Piramid menawarkan pelaburan perniagaan bermula RM 10,000 sebagai permulaan dan setiap pendaftaran untuk pelaburan, para pelabur (usahawan) akan menerima bonus 20% (RM 2,000).


Pelabur A memulakan pelaburan sebanyak RM 10,000. Pelabur A akan menerima bonus sebanyak 20% (RM 2,000) atas pelaburan yang dibuat. Secara tidak disedari, bonus yang diterima oleh Pelabur A sebenarnya adalah modal yang dikeluarkan olehnya sendiri dan syarikat akan menerima baki bersih sebanyak RM 8,000.


Sekiranya Pelabur A dapat mencari jaringan seperti Pelabur B dan Pelabur C di bawah, Pelabur A akan mendapat bonus 10% (RM 1,000) bagi setiap pelaburan yang dilakukan, manakala Pelabur B dan Pelabur C akan menerima sepertimana Pelabur A dapat pada awal pelaburan iaitu 20% (RM 2,000), maknanya;



Secara tidak langsung bagi pelaburan ketiga-tiga pelabur (sebanyak RM 30,000), pihak syarikat mendapat untung bersih pelaburan sebanyak RM 22,000 iaitu 73% pelaburan.



TETAPI, sekiranya jaringan Pelabur A iaitu Pelabur C mendapat pelaburan baru di bawah jaringannya seperti Peabur D, Pelabur E dan Pelabur F, maka Pelabur C akan mendapat bonus sepertimana Pelabur A dapat sebelumnya. Manakala Pelabur A tidak akan mendapat sebarang bonus daripada jaringan di bawah Pelabur C. Kesemua baki bersih modal pelaburan akan diterima oleh pihak syarikat.


Dan apabila tiada pelaburan yang dilakukan selepasnya, maka, skim tersebut akan terputus dan tiada pendapatan atau bonus akan diterima oleh pelabur. Secara asasnya, Skim Piramid seakan-akan perniagaan Multi-Level Marketing (MLM) dan dikatakan ianya sama adalah model atau konsep pendapatan atau bonus melalui jaringan yang di bina oleh pelabur.


Boleh dikatakan, Skim Piramid hanya merujuk dan menguntungkan syarikat atau individu yang menganjurkannya. Kemungkinan terdapat pelbagai cara dan kaedah yang diadaptasikan oleh mereka yang menganjurkan Skim Piramid ini hanya berlindung atas nama pelaburan atau multi-level marketing. Diharapkan kepada mereka yang ingin berkecimpung di dalam mana-mana pelaburan atau multi-level marketing merujuk terlebih dahulu kepada pihak berwajib untuk pengesahan sebelum DUIT ANDA KENA TIPU!