Tuesday 2 October 2012

Skim Piramid


Skim Piramid

Skim Piramid ialah unsur-unsur pelaburan yang dilabur oleh usahawan tanpa transaksi jual beli (produk) di mana Skim Piramid mengamalkan pendekatan pelaburan atas pelaburan. Secara terperinci, setiap pendapatan atau bonus yang diterima oleh pelabur di dalam Skim Piramid di ambil daripada peratus pelaburan yang dilabur oleh pelabur itu sendiri. 

Sebagai contoh:
Skim bagi Syarikat Piramid menawarkan pelaburan perniagaan bermula RM 10,000 sebagai permulaan dan setiap pendaftaran untuk pelaburan, para pelabur (usahawan) akan menerima bonus 20% (RM 2,000).


Pelabur A memulakan pelaburan sebanyak RM 10,000. Pelabur A akan menerima bonus sebanyak 20% (RM 2,000) atas pelaburan yang dibuat. Secara tidak disedari, bonus yang diterima oleh Pelabur A sebenarnya adalah modal yang dikeluarkan olehnya sendiri dan syarikat akan menerima baki bersih sebanyak RM 8,000.


Sekiranya Pelabur A dapat mencari jaringan seperti Pelabur B dan Pelabur C di bawah, Pelabur A akan mendapat bonus 10% (RM 1,000) bagi setiap pelaburan yang dilakukan, manakala Pelabur B dan Pelabur C akan menerima sepertimana Pelabur A dapat pada awal pelaburan iaitu 20% (RM 2,000), maknanya;



Secara tidak langsung bagi pelaburan ketiga-tiga pelabur (sebanyak RM 30,000), pihak syarikat mendapat untung bersih pelaburan sebanyak RM 22,000 iaitu 73% pelaburan.



TETAPI, sekiranya jaringan Pelabur A iaitu Pelabur C mendapat pelaburan baru di bawah jaringannya seperti Peabur D, Pelabur E dan Pelabur F, maka Pelabur C akan mendapat bonus sepertimana Pelabur A dapat sebelumnya. Manakala Pelabur A tidak akan mendapat sebarang bonus daripada jaringan di bawah Pelabur C. Kesemua baki bersih modal pelaburan akan diterima oleh pihak syarikat.


Dan apabila tiada pelaburan yang dilakukan selepasnya, maka, skim tersebut akan terputus dan tiada pendapatan atau bonus akan diterima oleh pelabur. Secara asasnya, Skim Piramid seakan-akan perniagaan Multi-Level Marketing (MLM) dan dikatakan ianya sama adalah model atau konsep pendapatan atau bonus melalui jaringan yang di bina oleh pelabur.


Boleh dikatakan, Skim Piramid hanya merujuk dan menguntungkan syarikat atau individu yang menganjurkannya. Kemungkinan terdapat pelbagai cara dan kaedah yang diadaptasikan oleh mereka yang menganjurkan Skim Piramid ini hanya berlindung atas nama pelaburan atau multi-level marketing. Diharapkan kepada mereka yang ingin berkecimpung di dalam mana-mana pelaburan atau multi-level marketing merujuk terlebih dahulu kepada pihak berwajib untuk pengesahan sebelum DUIT ANDA KENA TIPU!

No comments:

Post a Comment