Tuesday 2 October 2012

Tanda Perniagaan (TRADEMARK)


Apa itu ‘TRADEMARK’

Tanda Perniagaan atau dikenali sebagai ‘TRADEMARK’ adalah simbol, tanda dan nama/perkataan yang mengaitkan sesuatu produk atau perkhidmatan dengan pemiliknya. Ramai di antara usahawan bumiputera tidak mengerti dan kurang memahami kegunaan dan kepentingan Tanda Perniagaan (TRADEMARK) ini. Apa yang dikesali adalah pemahaman mereka terhadap Tanda Perniagaan (TRADEMARK) hanyalah semata-mata ‘signboard’ atau ‘head banner’ atau logo perniagaan sudah memadai untuk dijadikan sebagai Tanda Perniagaan (TRADEMARK) bagi perniagaan mereka. Ada juga yang menggunakan tanda perkataan sepertimana di bawah ini;





Dan tanpa mereka sedari, penggunaan perkataan sepertimana di atas banyak dilakukan atas dasar suka-suka, untuk menambahkan daya tarikan, mengikut trend atau menonjolkan kecanggihan di dalam entiti perniagaan mereka dan ini adalah KESALAHAN BESAR jika digunakan tanpa didaftarkan dengan pihak berwajib.

Untuk pengetahuan, undang-undang ‘TRADEMARK’ sudah ada diwujudkan di Malaysia bagi melindungi pengguna daripada kekeliruan dan juga melindungi pemilik perniagaan daripada persaingan yang tidak sihat. Ini kerana, bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara komersil dan bertujuan perdagangan (transaksi jual-beli), selayaknya mendapatkan perlindungan ‘TRADEMARK’ agar dapat melindungi perniagaan mereka daripada sebarang peniruan, persaingan tidak sihat atau penggunaan nama dan konsep perniagaan yang hampir sama.


Sebagai contoh: Kes McDonalds vs. McCurry, Kuala Lumpur.


Di dalam kes ini, pihak McDonalds telah menyaman McCurry kerana menggunakan perkataan “Mc” dan penggunaan warna konsep perniagaan yang hampir sama. Secara tidak langsung, ini boleh menjejaskan perniagaan McDonalds dan juga menimbulkan kekeliruan dan kerugian ke atas McDonalds untuk jangka panjang sekiranya tindakan undang-undang tidak di ambil kerana kemungkinan akan ada mana-mana pihak yang akan mengikut jejak McCurry meniru konsep McDonalds. Secara tidak langsung, penilaian imej penjenamaan nama McDonalds akan terjejas teruk. Dan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhirnya berpihak kepada McDonalds di dalam perbicaraan kes ini.

Walaubagaimanapun, perkataan “Mc” itu dimonopoli sepenuhnya oleh McDonalds. Ini kerana, penggunaan nama yang sama atau hampir sama adalah dibenarkan dengan syarat tidak menggunakan rupabentuk yang sama atau seakan-akan sama dengan ‘TRADEMARK” jenama yang lain atau konsep perniagaan yang dijalankan berbeza dan tidak dalam kategori yang sama.



Sebagai contoh: Penggunaan nama yang sama atau hampir sama tetapi tidak menggunakan rupabentuk yang sama atau seakan-akan sama dengan ‘TRADEMARK’.



Atau, sebagai contoh: Penggunaan nama yang sama atau hampir sama tetapi konsep perniagaan yang dijalankan berbeza dan tidak dalam kategori yang sama.



No comments:

Post a Comment