Profail Penulis

Bersama isteri Norhayati binti Amat dan anak perempuan sulung Aisya Umaira binti Azahar

Azahar bin Deress dilahirkan pada bulan November tahun 1980 di daerah Pontian, Johor Darul Takzim. Merupakan pemegang Diploma Pengurusan Maklumat lulusan Universiti Teknologi MARA, kampus Sungai Petani, Kedah Darul Aman. 

Pernah bekerja di Yayasan Penyelidikan dan Pendidikan Perakaunan Malaysia (MAREF), sebuah badan organisasi di bawah Institut Akauntan Malaysia (MIA) sebagai Pegawai Kewangan yang mengurus dan menyelaras dana penajaan di kalangan penyelidik-penyelidik IPTA dan IPTS yang terpilih di dalam bidang dan topik penyelidikan mengenai perakaunan dan pengurusan kewangan di Malaysia. 

Kemudian berkhidmat di salah sebuah syarikat bertaraf MSC Malaysia di Kuala Lumpur sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan dan pernah membawa syarikat terpilih di dalam Program MSC Malaysia Innotech pada tahun 2011.

Selain daripada itu, berpengalaman menyediakan beberapa puluh kertas kertas, pelan perancangan perniagaan, kertas konsep perniagaan dan kertas pembentangan untuk beberapa syarikat bertaraf MSC Malaysia.