Thursday 4 October 2012

Program 'MSC MALAYSIA INNOTECH'


MSC Malaysia InnoTech adalah satu platform dan peluang untuk peserta menampilkan pelan perniagaan untuk mencari pelabur atau ‘venture capital’  dari pasaran tempatan atau serantau di dalam satu program.

Kebiasaannya, setiap pemohonan daripada syarikat-syarikat yang ingin menyertai program ini akan dipilih dengan teliti berdasarkan kriteria yang telah digariskan sepertimana; ampungan kecairan modal dan aliran tunai kewangan, pelan perancangan perniagaan jangka pendek dan jangka panjang dan tahap kesediaan syarikat menerima pelaburan dan kerjasama.

Selain daripada itu, syarikat-syarikat yang terpilih untuk menyertai MSC Malaysia InnoTech ini perlu memastikan dan bersedia menjalani satu-satu sesi latihan yang telah dijadualkan bagi memantau dan membantu syarikat terbabit menyediakan pelan pembentangan perniagaan mereka yang mantap dan berkesan berdasarkan format standard yang telah diberikan.

Pada sesi pembentangan kelak, syarikat yang terpilihkan akan diberikan masa untuk membentangkan pelan perniagaan mereka kepada wakil atau panel-panel pelabur yang terdiri daripada pasaran tempatan atau serantau beserta sesi soal jawab secara terbuka. Syarikat terbabit juga akan mempunyai peluang untuk bersemuka secara ‘B2B’ atau rundingan terus dengan mana-mana wakil atau panel pelabur yang berminat dengan pelan perniagaan mereka bagi mendapatkan pembiayaan secara ‘venture capital’ atau ‘angel capital’ bagi mengembangkan penerokaan perniagaan masing-masing di dalam pasaran tempatan atau serantau.