Tentang PIP




Selamat Datang ke Pusat Informasi Perniagaan

Laman blog Pusat Informasi Perniagaan ini adalah hasil ilham penulis untuk menjadikan ianya pusat sehenti atau persinggahan mana-mana individu yang berminat mengintai peluang perniagaan, atau mencari idea perniagaan, atau sedang memikirkan untuk mengembangkan perniagaan, atau ingin menambahkan ilmu pengetahuan selok-belok perniagaan dan sebagainya.

Laman blog Pusat Informasi Perniagaan ini baru dilancarkan oleh penulis pada 01hb. Oktober 2012 setelah beberapa bulan  mengumpulkan bahan-bahan untuk topik yang akan dibicarakan melalui garapan pengalaman, pembacaan, kajian, analisis dan cetusan pemikiran penulis sendiri.

Walaupun laman blog Pusat Informasi Perniagaan ini baru sahaja dilancarkan, penulis akan sentiasa sedaya upaya mengemaskinikan segala bahan yang ada untuk menjadi ianya laman blog yang amat berguna kepada pembaca.

Diharapkan mendapat sokongan daripada pembaca dan blogger Malaysia kepada laman blog Pusat Informasi Perniagaan menjadikan ianya entiti laman blog kepada mereka yang berminat tentang perniagaan. TERIMA KASIH......