Tuesday 2 October 2012

Intipati Rancangan Perniagaan


Intipati Rancangan Perniagaan

Di dalam proses penyediaan Rancangan Perniagaan ramai pengusaha atau pemilik mengambil jalan ringkas menyediakan pelan perniagaan mereka. Ini kerana kurangnya nilai pemahaman individu tersebut mengenai kepentingan Rancangan Perniagaan itu disediakan.

Hampir setiap perniagaan memerlukan Rancangan Perniagaan. Kurangnya perancangan yang tepat adalah salah satu alasan yang paling sering dikutip untuk kegagalan di dalam perniagaan. Rancangan Perniagaan membantu syarikat mengenal pasti tujuan dan sasaran dan menyediakan mereka dengan taktik dan strategi untuk mencapai tujuan tersebut. Mereka tidak dokumen sejarah, melainkan, mereka mewujudkan satu set keputusan pengurusan tentang langkah-langkah yang diperlukan untuk perniagaan untuk mencapai tujuan dan melaksanakan sesuai dengan kemampuannya.

Sepertimana disebutkan di dalam Definisi Rancangan Perniagaan sebelum ini, Rancangan Perniagaan bukan hanya terletak pada susunan-susunan ayat atau teorikal andaian mengenai perjalanan perniagaan itu dijalankan. Ianya perlu dirangkumi dengan logikal analisis berdasarkan ketetapan fakta dan maklumat yang diterima samada melalui:

Proses Pembelajaran
Melalui kursus-kursus asas keusahawanan atau perniagaan yang ada ditawarkan oleh pelbagai pihak samada daripada agensi kerajaan (cth: MARA, PNB, SMECorp dan sebagainya) atau sektor swasta (cth: Richworks dan sebagainya). Ini penting bagi melengkapkan seseorang itu cara amali pengendalian pengurusan perniagaan dijalankan. Kaedah ini dapat memberikan pendedahan kepada mereka kesesuaian, proses-proses dan aspek yang perlu diutamakan di dalam penyediaan Rancangan Perniagaan mengikut perniagaan yang ingin dijalankan.



Proses Kajian
Potensi 70% usahawan bumiputera GAGAL di dalam perniagaan bukan kerana modal tetapi kerana mereka GAGAL menjalankan sebarang kajian sebelum memulakan perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan, apa yang diperlukan adalah kajian yang mendalam tentang perniagaan yang ingin dijalankan. Di dalam kajian tersebut terdapat empat (4) faktor penting yang harus diteliti iaitu; KEKUATAN, KELEMAHAN, PELUANG dan SAINGAN (ANCAMAN).


Proses Pengalaman
Boleh dikatakan 90% usahawan bumiputera yang BERJAYA di dalam perniagaan mempunyai pengalaman gagal buat pertama kali sebelumnya. Pengalaman kegagalan yang dihadapi dijadikan iktibar dan persiapan perancangan untuk perniagaan kali kedua dilakukan secara rapi berdasarkan kekurangan dan kesilapan yang dilakukan sebelum ini. 




No comments:

Post a Comment