Tuesday 2 October 2012

Perniagaan Multi-Level Marketing


Multi-Level Marketing (MLM)

Pada awal tahun 2000an merupakan tahun yang rancak bagi perniagaan Multi-Level Marketing atau singkatannya MLM. Boleh dikatakan ramai bumiputera kita yang menceburi bidang ini yang dikatakan melahirkan ramai jutawan segera. Memang tidak dinafikan, terdapat berpuluh-puluh orang usahawan bumiputera kita yang digelar jutawan melalui perniagaan Multi-Level Marketing (MLM)  ini tetapi tidak kurang juga beribu-ribu orang yang gagal mengikuti impak keberkesanan perniagaan ini.

Persoalannya di sini, MENGAPA ada yang berjaya dan MENGAPA ada yang tidak berjaya? Bagi mereka yang berjaya di dalam perniagaan Multi-Level Marketing (MLM) adalah satu kejayaan yang tidak mudah dikecapi manakala mereka yang tidak berjaya akan cuba menafsir dengan tafsiran yang negatif sehingga memberikan pelbagai tohmahan dan persepsi seperti perniagaan ini satu penipuan.

Perniagaan Multi-Level Marketing (MLM) bukanlah satu penipuan, dan sekiranya ianya perniagaan yang menipu orang ramai maka pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan dan Hal-Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat yang menganjurkan skim Multi-Level Marketing (MLM) ini. Boleh dikatakan, setiap syarikat yang ingin menjalankan perniagaan Multi-Level Marketing (MLM) ini perlu mendaftar dan mendapatkan lesen terlebih dahulu dengan pihak Kementerian sebelum memulakan pemasaran mereka, dan lesen yang diperolehi akan diperbaharui mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya syarat-syarat yang diperuntukkan ke atas syarikat tersebut atau terdapat penyelewangan atau penipuan berlaku ke atas pelabur (usahawan) atau pembeli, pihak Kementerian akan mengambil tindakan undang-undang dan lesen perniagaan untuk penganjuran skim Multi-Level Marketing (MLM) akan ditarik balik dengan kadar segera.

No comments:

Post a Comment