Tuesday 2 October 2012

Keperluan Rancangan Perniagaan


Keperluan Rancangan Perniagaan

Rancangan Perniagaan boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi. Ini termasuk perancangan dalaman operasi, untuk mendapatkan pembiayaian operasi yang sedang berlangsung atau pengembangan perniagaan, perancangan divestasi dan ‘spin-off’, dan penstrukturan semula atau ‘re-organize’.

Apabila digunakan untuk perancangan dalaman, Rancangan Perniagaan dapat memberikan ‘blue-print’ untuk operasi syarikat secara keseluruhan. Penilaian prestasi dan kemajuan sebuah perniagaan dapat diukur melalui analisis yang melibatkan penjualan, pengeluaran, kerangka waktu, dan hala tuju strategik. Rancangan Perniagaan juga membantu pengusaha atau pemilik perniagaan mengenalpasti dan memfokuskan pada potensi masalah, baik di dalam dan di luar syarikat. Setelah potensi permasalahan dikenalpasti, satu pelan penyelesaian atau kecemasan yang dicadangkan boleh dimasukkan ke dalam Rancangan Perniagaan.

Rancangan Perniagaan juga merangkumi bidang-bidang seperti peluang pemasaran dan keperluan pembiayaan masa depan yang memerlukan perhatian pihak tertentu. Dalam beberapa-kes seperti senario di mana seorang pengusaha memutuskan untuk menukar hobi kegemaran menjadikan ianya perniagaan dari rumah sebagai permulaan - Rancangan Perniagaan boleh dijadikan sebagai dokumen ringkas di mana meliputi satu atau dua halaman sahaja. Bagaimanapun, sekiranya ianya melibatkan cadangan perniagaan komersil yang memerlukan pembiayaan kewangan, Rancangan Perniagaan yang perlu disediakan adalah lengkap merangkumi segala aspek secara keseluruhan perniagaan tersebut. 

Selain itu, Rancangan Perniagaan boleh digunakan dalam penstrukturan semula atau ‘re-organize’ perniagaan. Dalam kes tersebut, Rancangan Perniagaan menggambarkan tindakan yang harus diambil dalam rangka untuk memulihkan keuntungan atau mencapai tujuan-tujuan lain. Sebarang perubahan operasi boleh dikenalpasti dengan lebih mudah dalam Rancangan Perniagaan, kerana gambaran operasi perniagaan dapat ditafsirkan dengan lebih jelas bagi meminimumkan kos dan memaksimumkan produktiviti.

Begitu juga untuk mendapatkan pembiayaian bagi perniagaan, pihak bank atau agensi kewangan atau pelabur akan menggunakan Rancangan Perniagaan untuk menilai keupayaan syarikat dan perniagaan itu sendiri menangani kredit sedia ada (hutang) dan, dalam beberapa kes, penampungan pembiayaan ekuiti.  Dokumen Rancangan Perniagaan perlu diperjelaskan dengan terperinci tentang aset, modal dan unjuran prestasi kewangan semasa syarikat dan perniagaan. Ini membantu pihak bank atau agensi kewangan atau pelabur memahami fakta sebenar prestasi syarikat dan perniagaan sehingga sebarang risiko boleh dikenalpasti dan dinilai terlebih dahulu.

Secara rumusnya, Rancangan Perniagaan merupakan sumber utama maklumat bagi merujuk potensi syarikat atau perniagaan itu sendiri. Rancangan Perniagaan seharusnya seiringan dengan konsep dan asas perniagaan yang dijalankan. Secara tidak langsung, Rancangan Perniagaan ini memberi petunjuk unjuran jangka panjang kreabiliti perniagaan itu dijalankan.

No comments:

Post a Comment